BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI : 2025 PENJAWAT AWAM

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI : 2025 PENJAWAT AWAM

TERKINI : Kerajaan Malaysia memandang serius isu bonus penjawat awam waima telah diselesaikan pada bulan Februari lalu. Namun, tetapi kerana mengenangkan perjalanan pentadbiran itu semakin baik serta khidmat bakti penjawat awam lebih baik serta kesungguhan yang ada dalam menjalani komitmen yang ditugaskan, maka dengan ini Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan akan menyediakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri , BKKA 2025 yang akan diberikan kepada semua penjawat awam dengan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen.

Baca juga : CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN STATUS FASA 2 2025

APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2025?

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2025 adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada penjawat awam dan pesara sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025.  Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menghargai sumbangan penjawat awam  dalam perkhidmatan awam.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 20025?

 

KATEGORI PENERIMA KETERANGAN
Penjawat Awam BKK Aidilfitri 2025 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak seperti contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian, dan lantikan MySTEP.
Pesara Kerajaan Bantuan ini juga diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFIRTI 2025

 

Penjawat Awam: Setiap penjawat awam yang layak akan menerima RM500.
• Pesara Kerajaan: Setiap pesara yang layak akan menerima RM250.

 

TARIKH BAYARAN BKKA 2025

 

Pembayaran BKKA 2025 dijadualkan dibayar pada Isnin (24/3/2025) sebelum Hari Raya Aidilfitri. Semua penjawat awam boleh menyemak kemasukan BKKA sepertimana tarikh yang ditetapkan.

 

INFO TAMBAHAN

 

Selain itu, beberapa negeri seperti Selangor telah mengumumkan bantuan tambahan dimana Kerajaan Negeri Selangor, misalnya, akan memberikan BKK sebanyak sebulan gaji dan tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 selepas Hari Raya kepada penjawat awam negeri. Bantuan pertama dijangka akan dibayar pada 25 Mac 2025, sebelum Hari Raya.Untuk maklumat lanjut, sila ikuti pengumuman rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam atau media sosial rasmi kerajaan.

 

PENAFIAN 

Segala maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah untuk tujuan informasi umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan, kebolehpercayaan, atau kesahihan kandungan yang dipaparkan. Pengguna dinasihatkan untuk membuat penyelidikan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang disediakan di sini.

Leave a Comment