BANTUAN LESEN PERCUMA 2025: BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

BANTUAN LESEN PERCUMA 2025: BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

Golongan B40 yang kurang berkemampuan kini boleh memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah dan percuma tanpa sebarang kos yuran atau bayaran fi latihan, amali dan ujian kerana ianya akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sekiranya pemohon lulus permohonan. Berikut diceritakan cara permohonan lengkap Lesen Memandu Malaysia (LMM) percuma untuk panduan pemohon

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN RM100 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

CIRI-CIRI KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025

Bagi tahun 2025, permohonan lesen percuma mempunyai beberapa kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun – 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Masih belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Bebas senarai hitam/ Blacklist daripada mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

CARA MOHON LESEN PERCUMA 2025

Proses permohonan lesen percuma 2025 boleh dilakukan samada secara dalam talian atau secara fizikal. Berikut adalah langkah-langkah umum yang perlu diikuti oleh pemohon iaitu:

  1. Layari portal laman web rasmi JPJ dan dapatkan borang permohonan; atau
    Muat turun borang permohonan Lesen Percuma di sini :
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen lengkap yang diperlukan seperti :
    – Salinan kad pengenalan;
    – Keputusan ujian saringan kesihatan; dan
    – Gambar pasport.
  4. Pilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal setelah permohonan dibuat.
  5. Sekiranya permohonan berjaya, pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Bagi mengelakkan permohonan terbatal, pastikan pemohon yang berjaya hadir pada tarikh yang ditetapkan .
  6. Urusan tamat.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Permohonan Lesen Percuma (MyLesen) telah dibuka pada tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA – bermula Bulan 02/2025

TARIKH PERMOHONAN DITUTUP – sehingga Bulan 10/2025 atau sehingga Kuota Penuh

*Nota : Setiap pemohon perlu menyemak pada laman rasmi JPJ di negeri masing-masing kerana JPJ setiap negeri adalah berbeza.

MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

  1. Tiada sebarang kos bayaran dikenakan kepada pemohon atau peserta kerana fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Sebaliknya pemohon dikehendaki menanggung kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain yang dikenakan di Pusat Latihan Memandu masing-masing.
  3. Peserta perlu mematuhi skop latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  4. Peserta hendaklah mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  5. Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  6. Peserta diwajibkan untukĀ  menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Lesen Percuma, boleh rujuk pihak berwajib dengan merujuk direktori yang diberi seperti di bawah :

Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
Alamat e-mel :mylesenb2@jpj.gov.my

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan trend carian ramai pengguna .

Leave a Comment