CARA BELI PIN UPU MESIN ATM/BSN

CARA BELI PIN UPU MESIN ATM/BSN

PENGUMUMAN CARA BELI PIN UPU MESIN ATM/BSN

Umum sedia maklum yang Permohonan UPU 2024 secara online dibuka pada 28 Februari 2024 – 08 Jun 2024. Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Sebelum dapat mengakses borang permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, pemohon perlu membuat pembelian no Pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional(BSN)/ Mesin ATM.

BACA JUGA: SENARAI PEMENANG ABPBH YANG KE 36/2024

TUJUAN PEMBELIAN PIN UPU

Pembelian nombor pin UPU BSN ini mengandungi angka pin yang unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain. No pin ini hendaklah dibeli secara individu oleh pemohon dan pemohon tidak boleh berkongsi no pin dengan individu yang lain.

HARGA PIN UPU

Untuk makluman umum, harga nombor pin UPU BSN pada tahun ini adalah RM10.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini tanpa caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.

CARA BELI NO PIN

Pembelian no pin UPU boleh dibuat melalui :

  1. Kaunter cawangan BSN terdekat
    • Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri (MyKad) dan wang tunai untuk membuat pembayaran.
    • Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.

2. Perbankan Internet myBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  • Log masuk ke dalam akaun
  • Klik “Pin Purchase”
  • Pilih Organization “UPU”
  • Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”
  • Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap

3. Automatic Teller Machine (ATM)

Pembelian juga boleh dibuat melalui ATM BSN sekiranya pemohon atau ibu bapa atau saudara mara mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Antara langkah-langkah pembelian adalah seperti berikut :

  • Masukkan kad ATM dan nombor PIN
  • Pilih Urusan : “Beli Pin”
  • Pilih Jenis Permohonanan : “IPTA”.
  • Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain.
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  • Resit dicetak dan simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

BSN akan membekalkan no. pin beserta salinan resit pembayaran. Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan kepada nama dan Nombor KP (IC)/ MyKad Pemohon. Oleh itu, pemohon hendaklah mengemukakan salinan Kad Pengenalan (I/C) atau mykad semasa membuat permohonan.

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah tepat. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Manakala jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.

**sebarang pindaan tertakhluk kepada arahan pentadbiran dan punca kuasa tertinggi KPT dari semasa ke semasa.

KATEGORI PROGRAM

Terdapat 2 peringkat fasa yang memerlukan pembelian no pin UPU iaitu :

Fasa 1 : Kategori Lepasan SPM 2021-2023

Fasa 2 :

  • STPM 2023
  • Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, Asasi Sains Sosial UM, Asasi Pintar UKM/ Asasi UITM/ Asasi TVET Politeknik Sesi Akademik 2023/2024
  • STAM 2023 & 2022
  • Diploma / Setaraf

LIHAT JUGA: pemohon juga boleh melayari akaun FACEBOOK UPUONLINE untuk sebarang maklumat lanjut atau boleh join ruangan Telegram UPUOnline 2024/2025 .

MAKLUMAT LANJUT CARA BELI PIN UPU MESIN ATM/BSN


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila berhubung di talian:

📌Email: upu@mohe.gov.my
📌Hotline: 03-86842363
📌Maklum Balas Pelanggan: https://jpt.mohe.gov.my/-maklumbalas/
📌UPUCHAT: https://upuchat.org/

PENAFIAN

Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.

Leave a Comment