DAFTAR SMART KUBANG PASU MPKP
Perhatian Warga Kubang Pasu! Aplikasi Smart Kubang Pasu (SKP) kini telah tiba! Muat turun aplikasi SKP sekarang. Majlis Perbandaran Kubang Pasu, MPKP telah memperkenalkan aplikasi pintar SMART Kubang Pasu yang mana ianya merupakan satu penyelesaian digital yang membantu pengguna membuat pembayaran parking tanpa tunai “cashless” dengan hanya melalui telefon pintar. Secara tidak langsung, ianya telah menggantikan Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon.
Baca juga: SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1 2025
KAEDAH DAFTAR SMART KUBANG PASU
- Pendaftaran dibuat dengan muat turun Aplikasi Smart Kubang Pasu di App Store, Play Store atau App Gallery
- Buka Aplikasi Smart Kubang Pasu
- Masukkan nombor telefon
- Isi maklumat peribadi anda dan klin butang “Teruskan”
- Masukkan pin 6 digit sebagai kata kunci
- Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS
TAMBAH NILAI “TOPUP” SMART KUBANG PASU
- Klik ikon “Kredit”
- Klik “Pembelian Kredit”
- Pilih jumlah nilai kredit
- Pilih cara pembayaran dan lengkapkan pembayaran
- Sedia untuk diguna
Pautan : Tutorial Cara Pendaftaran Smart Kubang Pasu
MAKLUMAT LANJUT
Aplikasi Smart Kubang Pasu (SKP) kini telah tiba! Muat turun aplikasi SKP sekarang di Google Play Store, Apple App Store, dan AppGallery. Mai pakat download & nikmati pengalaman parkir yang lebih mudah dan pantas!
Rasai dan nikmatilah. Semuanya dihujung jari anda dan rasakan pengalaman parkir di hujung jari anda. Hidup pintar bersama Smart Kubang Pasu.
Sebarang maklumat lanjut mengenai SMART Kubang Pasu, boleh menghubungi Majlis Perbandaran Kubang Pasu, MPKP ditalian 04-918 3300 atau ke kaunter pertanyaan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, MPKP yang beralamat di Kompleks Pentadbiran, Kampung Lahar, 06000 Jitra, Kedah.
PENAFIAN
Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.