KANDUNGAN BELANJAWAN 2025 UNTUK RAKYAT
BELANJAWAN 2025 UNTUK RAKYAT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah selesai membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan “Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, di Parlimen hari ini. Menurut rekod, ini merupakan belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
BACA JUGA: RAMALAN CUACA MALAYSIA
SASARAN UTAMA BELANJAWAN 2025
YAB Perdana Menteri telah menyuarakan bahawa, Belanjawan MADANI ke-3 ini akan mengimbau beberapa perihal antaranya:
- perihal menulusuri Ekonomi MADANI
- perihal mengislah lebih tegas
- menghapus karenah birokrasi
- menaikkan gaji dan pendapatan
- menangani kos sara hidup
KANDUNGAN BELANJAWAN 2025
Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025. Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun 2024. Selain itu, cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Kerajaan juga berjaya mengumpul kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion sebelum ini. Jumlah hutang baharu juga akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024.
Antara intipati lain yang turut diumumkan oleh Kerajaan Madani adalah :
Penyasaran Subsidi RON 95
Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025. Penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dimana subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM 8 billion untuk golongan T15. Manakal harga RM 2.05/liter akan kekal buat 85% rakyat.
Bantuan STR, SARA & JKM
Bagi tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penerima SARA diperluas kepada 4.1 juta penerima manakala penerima STR kategori isi rumah akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan. Bantuan akan mula dikreditkan pada April 2025. Penambahan peruntukan membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat daripada RM3700 kepada RM4600 . Manakala kadar baharu bagi kategori bujang dinaikkan kepada RM600. Disamping itu, kadar bantuan kebajikan bulanan juga dinaikkan. Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin yang berusia 6 tahun ke bawah akan memperoleh bantuan sebanyak RM250 pada 2025 berbanding RM200 pada tahun 2024. Manakala kanak-kanak yang berusia 7- 18 tahun bakal menerima bantuan sebanyak RM200 berbanding RM150 pada 2024. Seterusnya, bantuan untuk Warga Emas dinaikkan daripada RM500 kepada RM600 untuk tahun 2025.
Gaji Minimum 2025 Dinaikkan Kepada RM1700
Dalam belanjawan kali ini juga kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. Bukan itu sahaja, malah kerajaan juga memutuskan penangguhan untuk kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan dan ianya berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara – Februari 2025
Sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan ini turut dapat dirasai oleh semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250. Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara,PLKN 3.0
Menurutnya, PLKN akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu bagi lepasan kadet sekolah dan ianya melibatkan kerjasama Akademi Kenegaraan, PDRM dan agensi beruniform lain.
Untuk maklumat lanjut boleh juga melayari :
- Siaran Langsung PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2025
- youtube PARLIMENMALAYSIA1 atau
- web rasmi PARLIMEN
PENAFIAN
Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.