KEMASUKAN DARJAH 1 2026 : SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

KEMASUKAN DARJAH 1 2026 : SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka sesi pendaftaran kemasukan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi sesi akademik 2026/ 2027 bermula pada 1 Mac 2025. Ibu, bapa atau penjaga yang ingin memohon penempatan bagi anak masing-masing boleh membuat permohonan secara dalam talian atau online. Artikel kali ini akan mengongsikan  Cara Daftar Murid ke Tahun 1 secara Online Sesi 2026 / 2027 KPM melalui idme.moe.gov.my serta cara semakan keputusan murid tahun 1 bagi mereka yang ingin mengetahui status pendaftaran mereka.

Lihat juga : BANTUAN LESEN PERCUMA 2025: BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

KPM telah menyeragamkan pendaftaran murid ke Tahun 1 (Darjah 1) menggunakan platform Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam KPM (MOiES). dimana permohonan dilakukan secara atas talian yang mana lebih mudah dan menjadikan pengurusan maklumat yang lebih tepat dan terperinci dalam penapisan calon-calon yang berjaya. Oleh itu, pastikan proses pendaftaran dilakukan dengan tepat dan lengkap dengan dokumen yang diperlukan agar permohonan penempatan ke tahun satu berjaya.

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN DARJAH 1 2026

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk kemasukan ke Darjah 1 bagi sesi akademik 2026/2027 ialah :

Kanak-kanak warganegara Malaysia
Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2020

***TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1 Dibuka pada 1 Mac 2025 &  Ditutup pada 30 April 2025

CARA DAFTAR KEMASUKAN DARJAH 1 2026

Disertakan langkah-langkah mendaftar permohonan kemasukan Darjah 1 untuk panduan waris atau penjaga yang ingin mendaftar masuk anak-anak iaitu :

  1. Buka laman sesawang rasmi pendaftaran KPM –> idMe
  2. Klik Daftar Masuk untuk pengguna baru
  3. Isi maklumat-maklumat pada ruangan yang disediakan dengan tepat dan klik Daftar
  4. Selepas pendaftaran sistem berjaya, log masuk ke dalam sistem iDME
  5. Satu kata kunci telah dihantar kepada emel pemohon, masukkan kata kunci tersebut dan taip kata laluan seterusnya klik daftar masuk.
  6. Pilih bahagian Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
  7. Pilih Pengurusan Profil dan isi maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak di bawah jagaan
  8. Klik Simpan dan buka bahagian maklumat anak jagaan, klik pada setiap nama anak untuk mengemaskini maklumat anak secara terperinci
  9. Pilih Permohonan Kemasukan dan klik pada tulisan biru
  10. Klik Mohon dan OK sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat yang dipaparkan
  11. Pilih Sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
  12. Sila muat naik dokumen yang diperlukan mengikut saiz dan format yang ditetapkan. Antara dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut :
  • Sijil lahir kanak-kanak yang memohon (Salinan asal beserta satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga (Salinan asal dan satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa)
  • Surat nikah/ surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem berdasarkan pengurusan sekolah yang dimohon)
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Surat hak penjagaan/ sijil perintah mahkamah (jika berkaitan)
  • Salinan borang permohonan online

13. Lengkapkan ruang pengesahan permohonan dan tick pada  kotak Saya Mengaku dan klik Hantar

14. Cetak borang permohonan serta borang sokongan dan hantar ke sekolah yang dimohon.

SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1 2026

Layari portal idme yang sama, pemohon boleh membuat semakan status pendaftaran pada Bulan Oktober/2025 bagi mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak. Difaham kan tarikh tutup untuk semakan permohonan juga adalah pada bulan yang sama. Waris dan penjaga dinasihatkan untuk alert pada tarikh penting tersebut agar anak-anak tidak tercicir.

Sekiranya anak-anak berjaya, pemohon yang berjaya perlu mencetak surat penempatan dan dibawa ke sekolah semasa hari pendaftaran .

PENGESAHAN PENEMPATAN KEMASUKAN DARJAH 1 2026

Ibu bapa atau penjaga hendaklah membuat pengesahan penempatan dalam sistem online yang sama. Waris atau penjaga tidak perlu menghantar surat penempatan dan dokumen pengesahan  secara fzikal ke sekolah sebaliknya dibawa semasa pendaftaran hari pertama persekolahan.

Sila dapatkan bantuan di sekolah yang ditempatkan sekiranya mengalami sebarang permasalah bagi proses  pengesahan tersebut.

RAYUAN KEMASUKAN DARJAH 1 2026

Jika permohonan tidak berjaya,waris  atau penjaga boleh membuat rayuan melalui aplikasi yang sama bermula pada 1 – 31 Disember 2025. Rayuan hanya boleh dibuat secara atas talian/ online dan status penempatan boleh disemak melalui sistem yang sama. Rayuan secara manual di sekolah tidak akan dilayan sama sekali.

INFO LANJUT

Sila rujuk direktori dibawah sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai Permohonan Kemasukan Darjah 1 Sesi 2026.

  • Portal rasmi KPM
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian                                                                                         Kementerian Pendidikan Malaysia                                                                                                           Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,                                                                                                            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,                                                                                              62604 Putrajaya
  • No. Telefon : 03 – 8884 9370
  • Emel : supportidMe@moe.gov.my/ daftartahun1@moe.gov.my
  • Hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekolah yang dipohon

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan adalah hasil olahan berdasarkan info yang telah disediakan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang perubahan yang dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib. Semoga panduan ini dapat membantu dan memudahkan ibu bapa dan penjaga dalam membuat permohonan kemasukan anak ke darjah 1 bagi sesi akademik 2026.

Leave a Comment