MAAL HIJRAH 2025/1447H : TEMA & SAMBUTAN

MAAL HIJRAH 2025/1447H : TEMA & SAMBUTAN

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 27 Jun 2025 bersamaan 1 Muharam 1447H iaitu pada hari Jumaat.SambutanMaal Hijrah 2025 pada kali ini membawa tema iaitu “Membangun Ummah Madani” sejajar aspirasi negara dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah seiring cabaran semasa.

Disamping itu, sambutan akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Seperti sebelum ini, majlis sambutan ini adalah bertujuan memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW serta menekankan kepentingan pembangunan masyarakat berasaskan nilai-nilai Islam yang inklusif, progresif dan madanidalam era dunia yang kian mencabar.

Lihat juga : CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN STATUS FASA 2 2025

PENGERTIAN MAAL HIJRAH

Maal Hijrah juga dikenali tahun baru bagi umat islam dimana ianya dimulai dengan bulan pertama iaitu Awal Muharam. Tarikh ini amat penting kerana berlakunya peristiwa bersejarah dalam Islam . Antaranya memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622M .

Peristiwa penting itu berlaku pada 1 Muharam dalam takwim hijrah. Oleh itu, tahun Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan kalender Hijrah.

LOGO MAAL HIJRAH 2025

Falsafah dan pengertian di sebalik logo Maal Hijrah yang sering kita lihat seperti:

Kuning – Keagungan
Biru – Persaudaraan
Huruh ‘ha’ – Hijrah
Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih
Merah – Semangat perpaduan
Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Labah2 pula membuat sarang di pintu masuk gua menjadi isyarat kepada pemburu quraish untuk mempercayai tiada sesiapa masuk dalam gua tersebut.

CUTI UMUM SEMPENA MAAL HIJRAH

Pada tahun ini, tarikh cuti Maal Hijrah 2025 jatuh pada 27 Jun 2025 bersamaan dengan 1 Muharam 1447.Awal Muharam 2025 adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

TEMA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2025/1447H

Sepertimana pada awal artikel tadi, oleh yang demikian tema Maal Hijrah pada tahun 2025 ini adalah bertemakan “Membangun Ummah Madani” .

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2025/1447H

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1447H / 2025M akan diadakan pada 1 Muharam 1447H bersamaan 27 Jun 2025 hari Jumaat bertempat di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) .

Pengguna juga boleh menyaksikan sambutan secara langsung melalui pautan berikut :

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH