PERMOHONAN LESEN B FULL
Selain memaklumkan penggunaan Aplikasi MyJPJ boleh diteruskan tanpa login Mydigital ID, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook juga mengumumkan berita gembira dimana permohonan lesen B Full boleh dibuat tanpa perlu memenuhi syarat 10 tahun aktif “renew” secara berturutan tetapi hanya perlu berstatus pemegang lesen B1 dan B2 selama 10 tahun dan keatas serta bebas saman serta blacklist dibawah Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B Penuh (B Full) bermula 1 Oktober 2024. Oleh itu, bermula 1 Oktober 2024, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di Institut Memandu dibuka kepada orang ramai. Berikut dikongsikan lebih lanjut bagaimana menyemak kelayakan dan syarat-syarat kelayakan bagi peralihan tukar lesen B2/B1 ke B full dalam program ini.
BACA JUGA : DAFTAR SMART KUBANG PASU MPKP
SEMAK KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN B FULL
Semakan penukaran atau Peralihan Lesen B2/B1 ke B Full boleh dibuat melalui aplikasi pintar MYJPJ dengan :
- Login ke aplikasi MYJPJ
- Scroll kebawah dan menuju ke Pelesenan Memandu
- Pilih Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B
- Paparan status kelayakan anda akan dinyatakan untuk program peralihan lesen B (full) ini.
Semakan peralihan lesen B2/B1 ke B Full juga boleh dibuat di Kaunter JPJ dan melalui portal mySIKAP awam.
LIHAT JUGA: Cara Semak Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B Di Aplikasi MyJPJ l Lesen B1 B2 Ke B Full
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN B FULL
Bagi memenuhi syarat-syarat kelayakan Peralihan Lesen B2/B1 ke B full, pemohon hendaklah :
- Warganegara Malaysia
- Memegang lesen memandukompeten (CDL) Kelas B2/B1 bagi tempoh 10 tahun dan keatas.
- Lesen memandu kompeten (CDL) Kelas B2/B1 aktif dan berkuatkuasa.
- Bebas senarai hitam JPJ dan PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai dibawah Akta 333.
CARA PERMOHONAN
Sekiranya layak, berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan bagi memohon lesen B Full dalam Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia Kelas B1/B2 Kepada Kelas B:
- Semak jadual latihan / pengujian di Institut Memandu terpilih
- Buat pendaftaran dan Deklarasi kesihatan kendiri di Institut Memandu dengan bayaran RM160
- Jalani Latihan Amali penyesuaian motosikal selama 2 jam
- Penilaian penyesuaian motosikal oleh JPJ
- Pengeluaran Lesen Memandu Kelas B
INFO LANJUT
Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B bermula 1 Oktober 2024 dan ianya juga tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.
PENAFIAN
Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.