RAMALAN CUACA MALAYSIA MELALUI MYCUACA

RAMALAN CUACA MALAYSIA MELALUI MYCUACA

PERUBAHAN CUACA MALAYSIA

Susulan pengumuman air pasang besar bermula 17 Oktober 20024 dan dijangka tamat pada Ahad 20.10.2024, Jabatan Meteorologi Malaysia mengingatkan agar penduduk di kawasan berhampiran pantai/laut di dinasihat waspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Penduduk juga dinasihatkan untuk berpindah ketempat yang lebih selamat sekiranya perlu serta tidak menjalankan aktiviti yang berisiko sepanjang tempoh air pasang besar.

LIHAT JUGA : TEMA BELANJAWAN 2025

KAEDAH RAMALAN CUACA MALAYSIA

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah membangunkan aplikasi Mycuaca untuk memudahkan rakyat di negara ini mengetahui dan memantau maklumat ramalan cuaca di Malaysia bagi memudahkan perancangan urusan harian. Pemantauan ramalan cuaca boleh disemak menerusi aplikasi ini.

APA ITU MYCUACA

myCuaca ialah aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air telah dilancarkan pada 23 Mac 2015. Aplikasi ini memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini mengenai ramalan cuaca serta amaran dan maklumat ramalan cuaca harian. Antara faedah lain yang boleh diperoleh daripada aplikasi ini ialah, pengguna boleh :

  • Mendapatkan maklumat dan amaran cuaca hanya dihujung jari
  • Mengetahui ramalan cuaca harian bagi memudahkan perancangan aktiviti harian
  • Melihat imej gema radar bagi cuaca semasa secara digital dalam talian
  • Melihat imej satelit terkini secara digital dalam talian
  • Mengetahui info semasa kejadian gempa bumi dan tsunami

CARA MUAT TURUN MYCUACA

Aplikasi myCuaca boleh dimuat turun melalui Google Play bagi peranti Android dan muat turun di App Store bagi peranti iOS/ Iphone. Disertakan juga pautan untuk memudahkan pengguna muat turun aplikasi myCuaca . Pengguna boleh terus muat turun aplikasi myCuaca melalui talifon bimbit secara percuma dengan melayari pautan dibawah.

PENAFIAN

Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.

Leave a Comment