SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2025 : SEMAKAN KEMASUKAN
SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2025 : SEMAKAN KEMASUKAN
SBP adalah pilihan utama bagi ramai pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam suasana yang lebih teratur ,fokus serta kondusif. Salah satu aspek penting bagi pelajar yang memasuki SBP adalah hasil keputusan peperiksaan mereka. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP, serta tips berguna untuk memastikan proses semakan berjalan lancar.
Baca juga : SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SERAWAK 2025 MELALUI SERAWAK PAY
APAKAH ITU SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)?
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah sekolah yang menyediakan kemudahan asrama dan menawarkan kurikulum akademik yang berkualiti tinggi, bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah ko-kurikulum serta sahsiah diri. Di Malaysia, SBP juga sering kali dijadikan destinasi pilihan utama bagi pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam seisi pembelajaran di peringkat sekolah rendah (Tahun 1-Tahun 6) atau sekolah menengah (tingkatan 1- tingkatan 3).
Keputusan peperiksaan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah hasil daripada pencapaian pelajar dalam ujian dan penilaian yang dijalankan oleh pihak sekolah. Pelajar yang berada di SBP biasanya akan melalui peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah (UPS) dan peperiksaan besar seperti SPM (untuk Tingkatan 4) yang menentukan pencapaian mereka di akhir tahun dan kearah perjalanan seterusnya.
Cara Semakan Keputusan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh 2025
Terdapat beberapa kaedah untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar di Sekolah Berasrama Penuh, khususnya untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2025 :
A. Semakan Melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Berdasarkan kepada maklumat rasmi KPM, untuk penempatan ke Tingkatan Satu 1 & Empat 4 SBP ambilan 2025, keputusan pemilihan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2025. Bagi murid yang gagal mendapat tawaran, e-Rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan portal rasmi untuk semakan keputusan peperiksaan bagi pelajar di SBP. Pelajar dan ibu bapa boleh mengakses portal ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi KPM: Pergi ke portal rasmi KPM.
- Login Akaun Pengguna:
- Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1
- Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4
- Klik pada semakan tawaran
- Masukkan mykad pemohon dan mykad penjaga utama di portal tersebut.
- Semak Keputusan: Klik butang “Semakan” untuk melihat keputusan permohonan.
***Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran jika dokumen yang dikemukan calon tidak lengkap semasa sesi pendaftaran di SBP dibuat.
MOHON & SEMAK e-RAYUAN SBP
Calon yang telah membuat application atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:
- Layari ke laman sesawang: SBP 2024
- Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Semakan rayuan boleh dibuat di Tingkatan 1 & semakan keputusan rayuan Tingkatan 4
Semoga panduan ini memudahkan pemohon untuk membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 & Tingkatan 4 2025 secara Online. Tahniah buat pelajar yang berjaya untuk menyambung pelajaran menengah Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat ke Sekolah Berasrama Penuh. Buat mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dan terus berusaha.
INFO LANJUT
Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM juga boleh digunakan untuk membuat semakan kemasukan ke mana-mana Sekolah Khusus yang lain seperti :
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Sebarang pertanyaan atau info lanjut mengenai permohonan kemasukan dan rajuan , boleh merujuk direktori dibawah sebagai panduan :
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang) - Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang) - Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
ATAU
Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
ATAU
Hubungi talian hotline 03-8000 8000
PENAFIAN
Setiap pengguna laman web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna serta pengguna aplikasi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang ditambah atau dikemas kini oleh pengguna sepanjang menggunakan aplikasi.