SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1 2025

SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran Tahun 1 Sekolah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi sesi akademik 2025/ 2026 . Ibu, bapa atau penjaga yang ingin memohon penempatan bagi anak masing-masing boleh membuat permohonan secara online.

Baca juga : DAFTAR SMART KUBANG PASU

TARIKH SEMAKAN

Ibu bapa/ Penjaga boleh mula membuat semakan bermula 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024 . Pihak sekolah akan memberikan surat tawaran kepada murid yang berjaya dalam permohonan. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat penempatan dan dibawa ke sekolah semasa pendaftaran.

CARA SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1

Di bawah dikongsikan langkah-langkah pautan semakan status kemasukan Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2025 / 2026 KPM bagi rujukan ibu bapa atau penjaga murid.

  1. Buka laman sesawang rasmi KPM di https://idme.moe.gov.my/login
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Klik butang Daftar Masuk
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan dimedan yang disediakan
  5. Klik butang Daftar Masuk
  6. Buat semakan status kemasukan pelajar dengan memasukkan no kad pengenalan anak

PERMOHONAN RAYUAN

Sekiranya semakan pendaftaran tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui aplikasi yang sama bermula pada 1 hingga 31 Disember 2024. Rayuan hanya boleh dibuat secara atas talian/ online dan status penempatan boleh disemak melalui sistem. Rayuan secara manual di sekolah tidak boleh dilakukan.

PERAKUAN PENEMPATAN

Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan untuk buat pengesahan penempatan dalam sistem online. Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fzikal ke sekolah sebaliknya dibawa semasa pendaftaran hari pertama persekolahan.

Jika pengesahan penempatan tidak boleh dilakukan atau terdapat sebarang permasalahan, sila berhubung dengan pihak sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

INFO LANJUT SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1

Sebarang maklumat lanjut berkenaan semakan kemasukan murid ke Tahun 1 Sesi persekolahan tahun 2025 / 2026 KPM, sila rujuk :-

  1. Soalan Lazim (FAQ) 2024/2025
  2. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
  3. No. Telefon : 03 – 8884 9370
  4. Emel : supportidMe@moe.gov.my/ daftartahun1@moe.gov.my
  5. Hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekolah yang dipohon

Semoga perkongsian info ini membantu ibu, bapa atau penjaga untuk mendaftar anak masuk ke sekolah yang diinginkan.



Leave a Comment