SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN UPU ONLINE 2024/2025
Kementerian Pendidikan Tinggi, KPM telah mengumumkan bahawa keputusan rayuan UPUOnline bagi lepasan STPM / setaraf bagi sesi akademik 2024/2025 boleh disemak bermula 4 Oktober 2024 (12.00 tengah hari) sehingga 12 Oktober 2024 (jam 5.00 petang). Kepada yang berjaya mendapat tawaran, tempoh setuju terima tawaran bermula 5 Oktober 2024 sehingga 12 Oktober 2024.
BACA JUGA : KANDUNGAN BELANJAWAN 2025
SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN
Semakan permohonan dan rayuan kemasukan ke UPU boleh dibuat melalui :
- aplikasi UPUPocket yang boleh dibuat turun melalui Google Play, Apps Store atau Apps Gallery
- UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dicipta oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon,ibu bapa dan penjaga mendapat perkhidmatan serta rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
- Pemohon juga boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan sepertimana tertera diatas.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
PERMOHONAN RAYUAN UPU LEPASAN STPM
Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) memaklumkan tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU KEDUA BULAN SEPTEMBER 2024.
Tempoh setuju terima tawaran adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi dibuat.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari. Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada minggu ke-4 bulan September 2024 dan pendaftaran pelajar baharu ( permohonan rayuan) akan bermula pada minggu ke-2 Oktober 2024.
KETERANGAN LANJUT
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan dan berita terkini dari Unit Pusat Universiti (UPU) , pemohon boleh berhubung melalui:
- Talian : 03 – 8684 2363
- Emel : upu@mohe.gov.my
- Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/
- KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI di alamat
- Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
- Jabatan Pendidikan Tinggi,
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
- Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
- 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
PENAFIAN
Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.