SEMAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS ONLINE

SEMAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS ONLINE

Kementerian Kewangan telah mengumumkan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada April 2025 ini kepada semua penerima yang membuat permohonan menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.Sekadar makluman, Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) merupakan penjenamaan semula hasil gabungan bantuan yang sebelum ini diberikan oleh pihak kerajaan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berkuatkuasa 16 Januari 2023.

Artikel kali ini akan menceritakan cara semakan STR secara dalam talian untuk tatapan semua.

Lihat juga : STR FASA 2 2025: SEMAKAN STATUS BAYARAN

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025,STR 2025

Pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal memasuki fasa kedua (2) yang akan melibatkan lebih ramai penerima dan kadar implikasi kewangan yang melebihi kadar dan penerima Fasa 1 kerana permohonan dan rayuan telah dibuka dan dipertimbangkan.

 

FASA (F) BAYARAN STR 2025 TARIKH BAYARAN
F1 22 – 28 /01/2025
F2 bermula 03/04/25 secara berperingkat
F3 belum diketahui & akan dikemaskini
F4 belum diketahui & akan dikemaskini

**sebarang perubahan daripada pihak Kementerian Kewangan akan dikemaskini

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025

Jumlah dan kadar bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah, STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan pemohon dan maklumat daripada pengkalan data yang diisi. Berikut merupakan kadar ketetapan yang diputuskan sebelum ini :

KATEGORI KADAR BAYARAN STR 2025 KADAR BAYARAN UNTUK FASA 1 KADAR BAYARAN UNTUK FASA 2
Bujang RM600 RM150 RM150
Warga Emas RM600 RM150 RM150
Isi Rumah M40 0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM150-RM300 RM100-RM300
Isi Rumah B40 0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Semua : RM500 RM200-RM650

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 2, 2025

Layari pautan berikut untuk membuat semakan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    Nama pemohon
    No Mykad pemohon
    Status permohonan
    Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
  6. Masukkan kata laluan

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2 2025

Beberapa ketetapan syarat kelayakan telah ditetapkan untuk kriteria permohonan bagi memastikan pemohon yang menerima sumbangan adalah dalam kalangan yang selayaknya. Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang ditetapkan , antaranya :

KATEGORI SYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas tiada pasangan Bujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang Bujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Berumur 21-59 tahun; dan
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA PEMBAYARAN STR FASA 2

Pembayaran STR bagi Fasa 2 juga adalah sama seperti bayaran bantuan sebelum ini iaitu :

Penerima Ada Akaun Bank :
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR).
Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :

Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

INFO LANJUT

Sebarang pertanyaan atau info, pemohon atau pengunjung boleh :

 

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

PENAFIAN

Informasi diatas diberikan sekadar untuk menyampaikan maklumat berkaitan Bantuan Tunai Rahmah,STR bagi memudahkan urusan pemohon . Segala maklumat yang diberi adalah merujuk kepada info semasa dan tiada sebarang bayaran dikenakan keatasnya. Namun pihak kami tidak bertanggung jawab atas sebarang ketirisan maklumat peribadi yang disebabkan oleh kecuaian daripada pihak individu sendiri.

 

Leave a Comment