SENARAI PEMENANG ABPBH YANG KE 36/2024

SENARAI PEMENANG ABPBH YANG KE 36/2024

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis pengiktirafan tahunan anjuran akhbar Berita Harian bagimemberi penganugerahan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari serta diminati ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format undiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.

BACA JUGA: PENYAKIT MONKEYPOX(MPOX) ATAU CACAR MONYET

ABPBH 2024

Pada kalini Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke -36 bagi tahun 2024 telah berlangsung dengan gahnya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam pada hari Jumaat bersamaan 11 Oktober 2024. Majlis yang berlangsung penuh gilang gemilang ini menyaksikan kehadiran artis-artis baru, vateran, ahli fans club serta peminat-peminat seni tanah air yang hadir secara fizikal bagi memeriahkan lagi majling gilang gemilang ini.

ATURCARA ABPBH KE-36/2024

Acara berprestij ini bermula dengan para artis jemputan melintasi red carpet sebelum berjalan masuk ke auditorium. ABPBH 36 pada tahun ini dikendalikan oleh tiga pengacara, iaitu artis versatil, Didie Alias yang pernah menjadi hos acara berprestij itu pada tahun 2011, pelakon Riena Diana dan penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah. Malam kemuncak ABPBH 36 turut menampilkan gandingan bintang legenda dan angkatan baharu dalam segmen persembahan dan penyerahan trofi berprestij ABPBH 36. Barisan artis yang turut membuat persembahan juga melibatkan bintang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti.

SENARAI PEMENANG MENGIKUT KATEGORI

Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan dalam acara ini antaranya ialah :

  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra
  3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
  4. Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
  5. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Dolla
  6. Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf
  7. Aktres Filem Popular – Fasha Sandha
  8. Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi
  9. Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema
  10. Aktor TV Popular – Hun Haqeem
  11. Aktres TV Popular – Anna Jobling
  12. Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar
  13. Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini
  14. Penyampai Radio Popular – KJ
  15. Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad
  16. Artis Komedi Popular – Senario

Manakala bagi kategori Ekstra pula ialah:

  1. Couple Drama Popular – Amir Ahnaf & Anna Jobling
  2. Couple Filem Popular – Nadiya Nisaa & Bront Palarae
  3. Watak Antagonis Drama Popular – Aleza Shadan
  4. Lagu Paling Boom Popular – Ernie Zakri / Ade Govinda
  5. Artis Sensasi Popular – Siti Nordiana

Kemuncak acara adalah dengan mengumumkan ABPBH 2024 kali ke-36 jatuh kepada Aina Abdul dengan majoriti undian adalah sebanyak 8,882,662.

Jutaan tahniah dan penghargaan diucapakn kepada pada pemenang.

INFO LANJUT ABPBH 36 :

SEJARAH DAN SENARAI PEMENANG ABPBH

Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini. Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) – Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.

Hanya tujuh kategori dipertandingkan pada waktu itu iaitu: Pelakon Lelaki Popular yang dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search). Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi)

PENAFIAN SENARAI PEMENANG ABPBH YANG KE 36/2024

Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.

Leave a Comment