STR LOGIN : 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu bantuan kerajaan Malaysia yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan bantuan secara tunai. Program ini diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Ramai yang ingin mengetahui cara untuk menyemak status permohonan mereka bagi Sumbangan Tunai Rahmah, STR 2025. Dalam artikel ini, kami akan bantu anda membuat proses semakan status online Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
Baca juga : SEMAKAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS ONLINEA
APAKAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH, STR 2025 LOGIN
Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 (berpendapatan rendah) dan M40 (berpendapatan sederhana) yang layak, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup. Bantuan ini meliputi pelbagai bentuk, termasuk bantuan langsung tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Pada tahun 2025, program ini terus dijalankan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
SYARAT KELAYAKAN STR LOGIN 2025
Pemohon yang layak adalah dalam kategori berikut :
KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
Isi Rumah | i. Kahwin; atau ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. |
Warga Emas Tiada Pasangan | i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah. |
Bujang | i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. |
**Individu bujang berumur >21 tahun termasuk OKU berumur >19 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Swasta (IPTS) hanya perlu dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
KADAR BAYARAN SUMBANGAN STR 2025
Kadar bayaran STR adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti jadual berikut :

KAEDAH PERMOHONAN STR 2025
Permohonan baru perlu dibuat sekiranya pemohon :
- Tiada rekod dalam sistem STR 2024;serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah ,STR 2025 boleh dibuat melalui kaedah berikut :
- Secara dalam talian di Portal STR 2025
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan dengan merujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
PERHATIAN : Tarikh permohonan STR adalah sepanjang tahun. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!!
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR
Permohonan boleh disemak melalui kaedah berikut :
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah,STR
- Pilih menu Log Masuk MySTR>Masukkan No IC & Kata laluan > Semakan Status > lihat status terkini seperti di paparan skrin
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan membawa dokumen lengkap seperti IC .
KEMASKINI DATA MAKLUMAT
Sila Kemaskini maklumat sekiranya :
1. Tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.
2. Pengemaskinian akaun bank juga jika pembayaran bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
3. Tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan bantuan bagi mengelakkan permohonan gagal.
4. Tidak perlu mengemaskini permohonan sekiranya tiada perubahan. Begitu juga bagi pemohon Warga Emas dan Pedalaman
5. Buat permohonan baru sekiranya permohonan lama tidak wujud .
INFO LANJUT MENGENAI STR LOGIN
Sebarang Info tambahan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah, STR akan diupdate dari semasa ke semasa atau pemohon boleh terus melayari :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR
PENAFIAN
Informasi diatas diberikan sekadar untuk menyampaikan maklumat berkaitan Bantuan Tunai Rahmah,STR bagi memudahkan urusan pemohon . Segala maklumat yang diberi adalah merujuk kepada info semasa dan tiada sebarang bayaran dikenakan keatasnya. Namun pihak kami tidak bertanggung jawab atas sebarang ketirisan maklumat peribadi yang disebabkan oleh kecuaian daripada pihak individu sendiri.