SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SERAWAK 2025 MELALUI SERAWAK PAY

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SERAWAK 2025 MELALUI SERAWAK PAY

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SERAWAK 2025

TERKINI: Sarawak membekalkan RM15.8 bilion dalam Belanjawan Sarawak 2025 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam. Ini adalah Bajet yang tertinggi dalam sejarah Sarawak di mana anggaran pendapatan Sarawak adalah sebanyak RM 14.2 billion ringgit. Bajet akan memberi fokus 62% kepada inisiatif pembangunan luar bandar.

Lihat juga : KALENDAR KUDA 2025 – CUTI UMUM & PEMBAYARAN GAJI KERAJAAN

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SERAWAK 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 merupakan antara salah satu perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan Sarawak 2025. Ini merupakan salah satu inisiatif demi kesejahteraan rakyat terutama warga Sarawak. Antara intipadi kandungan bagi SKAS adalah seperti berikut :

  1. Jumlah peruntukan sebanyak RM450 juta kepada individu yang layak akan menerima bantuan RM250-RM800 sebulan.
  2. Bagi pendapatan isi rumah sebanyak RM 5000 dan kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 800.
  3. Manakala warga emas yang tiada pasangan atau tiada anak dengan pendapatan RM5000 atau kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 400.
  4. Individu yang tidak berkahwin (bujang) pula yang berpendapatan sebanyak RM2500 dan kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 250.

BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS 2025 MELALUI SARAWAK PAY

Sarawak Pay adalah sebuah landasan yang dikenali sebagai poket elektronik (e-wallet) yang diperkenalkan oleh pemerintah Sarawak, Malaysia, melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA). Platform ini dirancang bukan sahaja untuk menggalakkan transaksi digital malah memudahkan pembayaran secara “cashless” di Sarawak. Disamping itu juga, platform ini bertujuan mendukung transisi menuju ekonomi tanpa tunai (cashless economy) di wilayah tersebut.

SYARAT MOHON SKAS SARAWAK 2025

Hanya individu/pemohon  yang memenuhi syarat kelayakan berikut layak menerima Bantuan Sarawak SKAS iaitu :

  • Warga Sarawak
  • Menetap di Negeri Sarawak
  • Isi Rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan
  • Warga Emas berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dan
  • Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

****Kadar bantuan yang diberi adalah untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan lain-lain keperluan harian.

BAYARAN SKAS MELALUI SARAWAK PAY

Menteri Sarawak telah menegaskan bahawa Bantuan Sarawak atau dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai sebaliknya ianya akan dibayar melalui akaun SarawakPay atau kini dikenali SPay Global sebagai langkah membantu rakyat mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.

CARA DAFTAR SARAWAK PAY SKAS SARAWAK

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar Sarawak Pay (sekarang dikenal sebagai SPay Global) sebagai pengguna baru:

  1. Muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
  2. Android: SPay Global di Google Play Store
  3. iOS: SPay Global di Apple App Store.
  4. Muat turun dan install aplikasi tersebut di telefon anda.
  5. Buka Aplikasi dan Pilih “Daftar”
  6. Setelah selesai, buka aplikasi SPay Global.
  7. Pada halaman utama, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru..
  8. Isi maklumat peribadi anda.
  9. Masukkan detail yang diminta, seperti:
    Nama Penuh (butiran hendaklah sama sepertimana IC).
    Nombor HP aktif/semasa (untuk menerima OTP).
    Alamat Email aktif/semasa (untuk pengesahan).
  10. Kata laluan (Password): Buat kata laluan yang kuat dan mudah diingat.
  11. Melakukan Pengesahan Nombor Telefon : Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang Anda daftarkan.
  12. Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
  13. Setelah pengesahan OTP, seterusnya anda diminta mengisi maklumat tambahan seperti Nombor IC (MyKad untuk warga Malaysia) serta tarikh lahir.
  14. Pilih Jenis Akaun : dimana Sarawak Pay/SPay Global memiliki dua jenis akaun iaitu :Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah dan Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
  15. Jika Anda memilih akaun Premium,ikuti ke langkah berikutnya:
    Pengesahan akaun premium (Optional)
    Untuk ke akaun Premium: Anda perlu memuatnaik dokumen seperti Gambar IC (depan dan belakang).
    Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
  16. Kemudian, SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
  17. Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SARAWAK

Semakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang layak boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my mulai 1 Januari 2025.

PENAFIAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi info dan maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan bagi memudahkan capaian orang ramai dengan hanya dihujung jari. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment