SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN PERMOHONAN

  SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN PERMOHONAN

Untuk makluman, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ke-4 akan disalurkan pada bermula pada bulan November.

Disertakan maklumat lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2024 ini.

Baca juga : KANDUNGAN BELANJAWAN 2025 UNTUK RAKYAT

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Mengikut sumber, pemohon boleh mula membuat semakan pembayaran STR bagi Fasa ke-4 pada 7 November 2024.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4

Seperti sebelum ini, Sumbangan Tunai Rahmah,STR 2024 dibayar secara berperingkat mengikut ketetapan berikut :

Fasa 1 : 29 Januari 2024
        2 : 3 April 2024
        3 : 29 Ogos 2024
        4 : 7 November 2024

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2024

Dibawah dikongsikan jumlah kadar bayaran STR bagi tahun 2024 mengikut setiap kategori:

Pendapatan Isi Rumah RM2500 dan Kebawah :

BILANGAN ANAK JUMLAH BAYARAN
Tiada anak RM 200
1 -2 orang RM 350
3 – 4 orang RM 500
> 5 orang RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
BILANGAN ANAK JUMLAH BAYARAN
Tiada anak RM 150
1 -2 orang RM 200
3 – 4 orang RM 250
> 5 orang RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
KELAYAKAN MAKSIMUM KADAR BAYARAN
RM 600 RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
KELAYAKAN MAKSIMUM KADAR BAYARAN
RM 350 RM 100

BAYARAN MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL,BSN

Bagi penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran secara tunai atau cash mereka mulai 7 November 2024.

BSN akan memaklumkan info terkini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Patuhi langkah-langkah berikut untuk menyemak status permohonan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
  5. Maklumat pembayaran Fasa 4 (jika layak)
  6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 4
  7. Masukkan kata laluan

**Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.

LUPA KATA LALUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

NOTA KAKI : Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Sekiranya lupa kata laluan, boleh ikuti kaedah seperti dibawah :

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
  9. Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari :

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau hubungi Hotline STR LHDNM

 

 

Leave a Comment