TEMA BELANJAWAN 2025 RINGKASAN INTIPATI

TEMA BELANJAWAN 2025 RINGKASAN INTIPATI

TEMA BELANJAWAN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dalam majlis libat urus dan meninjau persiapan akhir Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan. Menurut sumber, Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada hari Jumaat 18.10.24 lebih kurang jam 4.00 petang. Tema belanjawan pada kali ini adalah bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera. Pembentangan ini merupakan belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim.

LIHAT JUGA: CARA BELI PIN UPU

HASRAT RAKYAT

Umumnya, ramai yang mengharapkan agar belanjawan kali ini mampu memberi lebih inisiatif kepada rakyat. Secara tidak langsung dengan khidmat bantuan yang disalurkan dapat memberi kelegaan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Beberapa perkara yang sering menjadi harapan rakyat antaranya adalah :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat dinaikkan lagi bagi tahun hadapan. Sebelum ini,bantuan STR 2024 mencecah sehingga RM2,500 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lebih lima anak.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar berjumlah RM1,200 diharap dapat dinaikkan.
  3. Bantuan Awal persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar juga diharap dapat ditambah kerana kos persiapan persekolahan juga makin bertambah.
  4. Perlepasan cukai bagi golangan M40 diharap dapat diperluas kerana telah memberi banyak kelegaan seperti pelepasan cukai bagi penjagaan gigi, pemeriksaan perubatan ibu bapa, peralatan sukan dan kursus kemajuan kendiri.
  5. Memberi peluang kepada golongan usahawan muda mendapat sokongan untuk mengembangkan perniagaan mereka kepada pasaran yang lebih luas dengan memperluas pinjaman dan jaminan pembiayaan.
  6. Antara perkara besar diumumkan pada Belanjawan 2024 adalah kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus (6%) kepada lapan peratus (8%). Wujud persoalan bagi Belanjawan 2025, adakah kerajaan sekali lagi akan mengumumkan sesuatu yang besar dalam aspek percukaian.
  7. Pemansuhan subsidi diesel juga dijangka akan menjadi tumpuan rakyat, sama ada kerajaan akan membuat pemansuhan secara sepenuhnya yang meliputi Sabah dan Sarawak.

Kerajaan perlu mengambil kira setiap kesan daripada perkara besar yang diumumkan terutama kepada golongan pertengahan yang kurang mendapat bantuan seperti golongan miskin. Jesteru itu, walau apapun pengumuman yang akan dibentang oleh Perdana Menteri petang hari Jumaat nanti, semua pihak berharap tiada golongan yang tercicir dalam Belanjawan 2025 kali ini.

Untuk perkembangan semasa Bajet Belanjawan 2025, disyorkan juga melayari laman web Kementerian Kewangan .

PENAFIAN

Kandungan maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan informasi. Semua kandungan yang disediakan di blog “MAKLUMAT KINI” ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan atau kesempurnaan sebarang maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Semoga setiap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua pembaca.

Leave a Comment