CARA LOGIN STR : SEMAKAN STATUS FASA 2 2025
STR atau dikenali Sumbangan Tunai Rahmah adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban hidup rakyat, terutama golongan B40. Seiring dengan pelaksanaan Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah, ramai yang ingin mengetahui cara semakan status permohonan mereka. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap mengenai semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, termasuk cara-cara untuk membuat semakan . Ikuti artikel ini sehingga selesai.
Lihat juga : BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN & PERMOHONAN ONLINE (PANDUAN LENGKAP
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2?
STR Fasa 2 adalah susulan daripada bantuan Fasa 1 yang telah diberikan sebelum ini. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan sumbangan tunai yang akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon yang layak. Pemberian bantuan ini melibatkan pengagihan bantuan kewangan yang mampu meringankan beban ekonomi rakyat, khususnya yang terjejas akibat pelbagai faktor seperti kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
Login STR : Kriteria Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Antara syarat-syarat yang melayakkan pemohon untuk memperoleh STR adalah seperti berikut :
1 ) Isi Rumah
Pasangan Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat;
Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2 ) Warga Emas Tiada Pasangan/Bujang
Bujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
3 ) Golongan Bujang
Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Berumur 21-59 tahun; dan
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Cara Login STR : Semakan Status Permohonan STR Fasa 2
Semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 boleh dilakukan melalui beberapa platform yang disediakan antaranya :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Paparan halaman utama Portal STR
- Alihkan cursor ke belah kanan bahagian atas di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tentukan kesasihan ‘Frasa keselamatan’ pemohon
- Klik “ya” jika betul
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Profile Pemohon akan dipaparkan pada skrin.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
Berapakah Bayaran Sumbangan STR Fasa 2?
Kadar pembayaran bagi STR,Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2025 masih belum ditentukan dan maklumat tambahan akan segera dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau persoalan bolehla mengunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : str@treasury.gov.my
Penafian
Semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 2 adalah langkah penting untuk memastikan anda mendapat bantuan kewangan yang diperlukan. Dengan mengikuti panduan di atas, anda boleh melakukan semakan dengan mudah dan cepat. Pastikan juga anda memenuhi syarat kelayakan dan melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi memastikan permohonan anda diterima. Jangan lupa untuk sentiasa memantau pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah.
Segala ingo yang diberi alah bertujuan untuk membantu pemohon mendapatkan maklumat sahih yang mana telah dirujuk melaui portal yang sah tanpa mengenakan sebarang caj . Pihak kami juga tidak bertanggungjawab diatas kecuaian pihak pemohon yang menyebabkan sehingga berlaku ketirisan maklumat beribadi sewaktu membuat permohonan STR ini.